Thursday, January 7, 2016

Remaja Mengaku Rogol Nur Amirah


Remaja Mengaku Rogol Nur Amirah|Hari ini, remaja yang bekerja sebagai penyembur asap nyamuk itu mengaku bersalah atas tuduhan merogol gadis berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari, sekitar Disember 2014 di sebuah kediaman di Bandar Sultan Suleiman di sini ketika mangsa berusia 13 tahun enam bulan.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali manakala remaja ‘lurus bendul’ itu tidak diwakili peguam bela.

Semalam, selepas pertuduhan dibacakan, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan memandangkan ibu bapa lelaki yang tidak bersekolah sejak April tahun lalu tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu, ketika kes tersebut dipanggil, remaja terbabit pada semalam masih berambut panjang tetapi hari ini dia yang hadir dengan rambutnya sudah dicukur dilihat sempat bersalam dan mencium tangan ayahnya yang dilihat tersenyum.

Namun senyuman itu tidak berpanjangan sebaik sahaja si ayah yang bekerja sebagai buruh kasar mendengar pertuduhan yang dihadapi oleh anaknya. Si ibu yang berdiri bersama-sama anaknya di luar kandang tertuduh dan bekerja sebagai operator kilang turut memberikan reaksi serupa.

Remaja terbabit juga pada ketika ini, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut. Bagaimanapun, keadaan menjadi mengelirukan buat keluarga terbabit apabila mahkamah ingin menetapkan wang jaminan.

Walaupun telah dijelaskan beberapa kali oleh Majistret Nor Asma Ahmad dan jurubahasa, ibu bapa lelaki terbabit masih tidak dapat memahami prosedur jamin termasuk untuk mengurangkan jumlah jaminan RM2,000 yang dicadangkan. ‘Kekeliruan’ tersebut membuatkan ibu bapa remaja terbabit membuat keputusan untuk tidak menjamin anak mereka kerana jumlahnya yang tinggi.

Ketika mahkamah berhenti bersidang, Syed Farid telah membawa keluarga terbabit ke bilik saksi dan mengambil peluang tersebut untuk memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai prosiding mahkamah hari ini sebelum meninggalkan mereka untuk berbincang. Kira-kira pukul 12.53 tengah hari, mahkamah kembali bersidang dan kes remaja lelaki terbabit dipanggil semula dan pertuduhan dibacakan sekali lagi.

Kali ini, remaja itu yang kelihatan lebih tenang mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Bagi tujuan jaminan, ibu remaja itu memohon agar jumlah jaminan tersebut dikurangkan memandangkan mereka masih mempunyai dua lagi anak yang masih bersekolah dan suaminya turut menanggung enam orang adik-beradiknya yang menetap di Sabah.

Selepas mempertimbangkan rayuan keluarga itu, Nor Asma menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dan penjamin hendaklah terdiri daripada kedua-dua ibu dan bapa tertuduh. Sekiranya ikat jamin tidak dibayar, mahkamah turut memerintahkan remaja itu ditahan reman di Asrama Sentosa, Jalan Sentul, Kuala Lumpur sehingga tarikh sebutan akan datang.

Mahkamah kemudian me­netapkan 14 Januari ini untuk laporan akhlak dan jatuh hukum..utusan hari ini.

No comments:

Post a Comment