Monday, March 28, 2016

Sudahla Menipu , Kurang ajar Lagi..Memang Patut Ditumbuk Sampai Mampus | Kekita



KUALA LUMPUR - Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa Kosmo! kelmarin, tampil seorang ahli keluarga pengantin perempuan berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.


"Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.


"Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan," katanya Wanie Azwani.





Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi pergaduhan berlaku kerana pihak pengantin lelaki yang bercakap dengan kurang ajar apabila pihak pengantin perempuan bertanyakan baki wang hantaran.


Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang.


Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak perempuan.


Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih. - Imam Masjid Khadijiah | PIXEL MEDIA




No comments:

Post a Comment