Tuesday, February 2, 2016

"saya tak adil??" Salih Yaakob


Bekas isteri kedua Salih Yaakob me­ngakui hidupnya kini lebih bahagia setelah diceraikan pelawak tersebut September tahun lalu.

Nor Raha mendedahkan, dia sebenarnya sudah memohon untuk dilepaskan sejak Julai tahun lepas tetapi Salih tidak mengendahkan permintaannya sehinggalah pada bulan September.

Jelasnya, punca penceraian mereka bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Salih, sebaliknya dia sudah lama memendam rasa akibat Salih tidak memberi perhatian kepadanya serta berlaku tidak adil sepanjang berkahwin.

Malah, soalnya, bagaimana isu pertemuan dengan rakan-rakan sekolah lama atau reunion mahupun wujudnya orang ketiga dijadikan punca sedangkan dia mengenali suami baharunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama.


“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, ibu kepada enam orang anak itu berkata, masalah kewangan juga adalah salah satu punca keruntuhan rumah tangga yang dibina kira-kira 23 tahun lalu.


“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.

“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya.

No comments:

Post a Comment